salam. Hamba telah memecah belahkan blog hamba kepada 2 bahagian iaitu
blog ini cintaal-aqsa.blogspot.com untuk politik , teknologi etc
blog kedua cintaalaqsa.blogspot.com untuk bicara sains dan islam
dan blog ketiga cinta-al-aqsa.blogspot.com sebagai jurnal peribadiSalam Ukhwah buat semua. semoga mendapat manfaat.
Sabtu, 30 Januari 2010
Hikmah Sujud
sujud ni melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
1. membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2. membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. melegakan sakit hernia. (burut)
4. mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
7. kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
8. meringankan bahagian pelvis.
9. memberi dorongan supaya mudah tidur.
10. menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
11. pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
12. bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
13. mengurangkan kegemukan.
14. pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions).
15. organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
16. mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri dihadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Dengan bersujud dan ruku’,darah akan dapat masuk ke setiap inci otak kita.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan