Mukadimah

Kita menulis blog untuk tatapan ukhti2 diluar sana. Kita mendoakan segala yang terbaik untuk diri kita diri ukhti2 sekalian. Semoga kekhilafan dapat diperbaiki dan kita menuju ke arah yang diredhai. Kita juga terlalu banyak kesilapan dalam hidup dan pesanan2 di dalam blog ini adalah sebagai peringatan buat diri kita yang jahil ini juga. Sambutlah perkongsian ilmu ini sebagai salam kasih dari kita.

Ku lepaskan sifat mazmumah
Ku pintal iman berkalung indah
Ku hapuskan karat jahiliah
Untuk meraih berkat muslimah
Semoga kau, aku tersimpul ukhwah
Tanda cinta kita kepada Allah


Halaman

salam. Hamba telah memecah belahkan blog hamba kepada 2 bahagian iaitu

blog ini cintaal-aqsa.blogspot.com untuk politik , teknologi etc

blog kedua cintaalaqsa.blogspot.com untuk bicara sains dan islam

dan blog ketiga cinta-al-aqsa.blogspot.com sebagai jurnal peribadi

Salam Ukhwah buat semua. semoga mendapat manfaat.


forward these 5 names to muslims, believe me ur biggest problem will be solved Insha Allah.

Ya ALLAH
Ya KARIM
Ya AWWAL
Ya AAKHER
Ya MUJEEB

Jumaat, 25 Disember 2009

Pesan Nabi s.a.w sampaikan pesanku walaupun hanya sepatah perkataan...

Sabda Rasulullah bermaksud : "Sesiapa yang meninggalkan solat atau memudah-mudah dengannya nescaya diseksa Allah dengan 15 perkara.

Enam perkara di dunia , tiga perkara ketika mati, tiga perkara di dalam kubur dan tiga perkara di hadapan Tuhan di akhirat nanti." Lalu sahabat bertanya : "Ya Rasulullah, apa dia seksa di atas dunia?"
.
Jawab Rasulullah : "Dibuang Allah berkat pada umurnya yang menyebabkan hidupnya terumbang-ambing, tidak mendapat kebahagiaan yang sejati, hidupnya diibaratkan seperti buih di atas permukaan air yang mengikut arus aliran air.


"Diangkat Allah berkat pada rezekinya walaupun dia mempunyai harta yang banyak tetapi dibelanjakan pada perkara yang tidak memberi faedah.


"Diangkat padanya tanda orang yang soleh. Tiada terpelihara baginya agama Islam, iaitu diikuti mati dalam kekufuran. Amalan menjadi sia-sia kerana tiap amal kebajikan dilakukan tidak diterima oleh Allah dan tidak diberi pahala olehnya serta doa tidak diangkat ke langit."

Bertanya lagi sahabat : "Ya Rasulullah, apa seksa pada waktu matinya?"
Jawab Rasulullah : "Dia akan dimatikan dalam keadaan hina, dalam keadaan sangat lapar dan dimatikan dalam keadaan sangat dahaga, iaitu diberi minum air tujuh lautan sekali pun, tidak hilang rasa dahaganya."


Bertanya lagi para sahabat : "Apa seksa di dalam kubur itu ya Rasulullah?"
Jawab baginda ' : "Disempitkan kuburnya hingga rapat dua tulang rusuknya, disuruh Allah dua malaikat untuk menyeksanya hingga hari Kiamat."

"Yang menyeksa orang yang meninggalkan solat itu ialah ular diberi nama Sujaulakraa, iaitu dua mata daripada api neraka, dua kuku malaikat yang menyeksa itu daripada besi Kharsari dan panjang kuku itu perjalanan sehari semalam.

"Pada tangan itu satu tingkat daripada besi lantas berkata malaikat itu kepada mayat atau roh orang yang mati itu, aku disuruh oleh Tuhanku supaya aku memukul engkau kerana meninggalkan solat Subuh hingga Zuhur, Zuhur hingga Asar, Asar hingga Maghrib, Maghrib hingga Isyak dan Isyak hingga Subuh. :

"Maka tiap kali pukulan itu terbenamlah mayat tadi ke dalam bumi hingga 70 hasta lalu diangkat dengan kukunya pada permukaan, begitulah seterusnya hingga ke hari Kiamat."

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum kpd saudaraku.

bolehkah saudari memberitahu dari hadis mana/sumber mana (mungkin ada fatwa ke) yg mengatakan kalau kita fwdkan 5 nama Allah itu, masalah kita akan selesai? ada kemungkinan ini adalah satu dakyah yg blh merosakkan akidah jika kita percaya hanya dgn memfwdkan itu blh menyelesaikan masalah kita. sama seperti surat berantai yg ttg mimpi penjaga kaabah bertemu nabi.

sila rujuk pd ustaz.

wallahuaklam