Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman. (An Nuur : Ayat 2)
Salam Ustaz,
1.Pada pendapat Ustaz, apakah jalan yg sebaik-baiknya untuk menyelesaikan masalah ini?
2.Jika saya ingin menikahi teman wanita saya itu, siapakah yang patut menjadi wali kepadanya? Untuk pengetahuan pihak Ustaz, bapanya telah meninggal dunia, tetapi dia masih mempunyai abang. Tapi, saya rasa akan ada masalah, ada kemungkinan abang-abangnya tidak mahu mewalikan teman wanita saya. Dalam hal ini. bolehkah pernikahan kami diwalikan oleh wali hakim?
3.Jika kami berjaya berkahwin, bagaimana pula dgn nama anak itu? Berdasarkan kajian saya, anak itu masih dibolehkan dinamakan atas nama saya jika anak itu lahir selepas 6 bulan kami bernikah. Bagaimana pula dgn perkara berkaitan dgn wali jika anak itu adalah perempuan?
4.Ada kemungkinan penentangan dari pihak keluarga jika kami berkahwin. Salah satu penyelesaian yang kami fikirkan adalah teman wanita saya pergi ke sesuatu tempat untuk melahirkan bayi itu tanpa kami berkahwin. Dan kami akan berkahwin kemudian dengan mengadakan majlis perkahwinan seperti yg dilakukan secara biasa oleh pasangan islam lain. Ini untuk mengelakkan daripada pihak keluarga mengetahui apa yg telah terjadi kerana perkara ini adalah sesuatu yg memalukan mereka. Adakah penyelesaian ini dibolehkan? Apa pula yg akan terjadi kepada bayi tersebut? Bolehkah dinamakan atas nama saya? Siapakah walinya jika bayi itu perempuan dan tiba masanya untuk berkahwin? Adakah saya masih boleh menjadi wakil kepada ibunya untuk menjadi wali?
6.Mungkin ada perkara2 lain yg perlu saya tahu untuk menyelesaikan masalah ini, tetapi mungkin tidak saya nyatakan di atas. Diharap pihak Ustaz dapat memberitahu segala hal2 yg berkaitan dgn permasalahan ini yg mungkin terjadi pada masa terdekat dan jauh untuk saya ketahui. Segala bantuan Ustaz saya dahului dgn ucapan terima kasih. Semoga Allah memberkati hidup Ustaz dan saya yg berada dalam kemusykilan ini. Semoga Allah ampunkan dosa saya dan teman wanita saya.
Sekian sahaja. Wassalam.
Jawapan
Saudara,
2.Saudara dan pasangan digalakkan bernikah.
3.Jika wanita tersebut mempunyai bapa, beliau adalah wali nasab yang berhak menikahkan. Jika tiada bapa, akan berpindah kepada turutan wali berikut : datuk sebelah bapa, adaik-beradik lelaki seibu sebapa, adik beradik lelaki sebapa, anak saudara lelaki sebelah bapa seibu sebapa, anak saudara lelaki sebelah bapa sebapa, bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa, bapa saudara sebelah bapa sebapa, sepupu lelaki sebelah bapa seibu sebapa dan sepupu lelaki sebelah bapa sebapa.
4.Jika wali nasab enggan mewalikan pernikahan, wanita itu boleh merujuk ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran dengan tempat beliau bermastautin dan membuat permohonan untuk berwalikan hakim. Jika perundingan dengaan wali masih gagal, satu laporan akan dikeluarkan oleh pihak Pejabat Agama untuk wanita itu membuat permohonan bernikah dengan berwalikan hakim di Mahkamah Rendah Syariah yang berkaitan.
5.Anak itu boleh dibin atau dibintikan kepada saudara jika usia kandungannya di antara saudara bernikah dan dia lahir adalah tidak kurang daripada 6 bulan hijrah.
6.Jika wanita itu melahirkan anak sebelum bernikah, anak itu tidak boleh dibinkan atas nama saudara dan dia perlu diwalikan oleh wali hakim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan