Mukadimah

Kita menulis blog untuk tatapan ukhti2 diluar sana. Kita mendoakan segala yang terbaik untuk diri kita diri ukhti2 sekalian. Semoga kekhilafan dapat diperbaiki dan kita menuju ke arah yang diredhai. Kita juga terlalu banyak kesilapan dalam hidup dan pesanan2 di dalam blog ini adalah sebagai peringatan buat diri kita yang jahil ini juga. Sambutlah perkongsian ilmu ini sebagai salam kasih dari kita.

Ku lepaskan sifat mazmumah
Ku pintal iman berkalung indah
Ku hapuskan karat jahiliah
Untuk meraih berkat muslimah
Semoga kau, aku tersimpul ukhwah
Tanda cinta kita kepada Allah


Halaman

salam. Hamba telah memecah belahkan blog hamba kepada 2 bahagian iaitu

blog ini cintaal-aqsa.blogspot.com untuk politik , teknologi etc

blog kedua cintaalaqsa.blogspot.com untuk bicara sains dan islam

dan blog ketiga cinta-al-aqsa.blogspot.com sebagai jurnal peribadi

Salam Ukhwah buat semua. semoga mendapat manfaat.


forward these 5 names to muslims, believe me ur biggest problem will be solved Insha Allah.

Ya ALLAH
Ya KARIM
Ya AWWAL
Ya AAKHER
Ya MUJEEB

Sabtu, 10 Oktober 2009

APAKAH CIRI-CIRI BARU KOLONIALISME BUDAYA ?

Bismillahirahmanirahim..

Dalam beberapa aspek tertentu , Kolonialisme Budaya Semasa ( KBS ) adalah berbeza dari segi amalannya . Ini akan dapat kita lihat dalam beberapa perkara :

1. Orientasinya adalah untuk mempengaruhi rakyat umum dan bukan terhad kepada kumpulan elit sahaja .
2. Media Massa terutamanya televisyen mempengaruhi unit rumah tangga dan berfungsi dari 'dalam' serta 'bawah' dan dari 'luar' serta 'atas' .

3. Skop KBS adalah global dan impaknya adalah bersifat homogen ; kepura - puraan menyeluruh berfungsi memberi mistifikasi kepada simbol , objektif dan kepentingan kuasa imperial .
4. Media Massa sebagai alat budaya imperialisme adalah bersifat 'swasta' dari segi formal sahaja ; ketiadaan hubungan kerajaan secara formal memberi legitimasi kepada media swasta yang memaparkan kepentingan serta isu-isu negara imperial sebagai 'berita' atau 'hiburan' .
5. Di bawah naungan imperialisme semasa , kepentingan politik dipaparkan melalui subjek bukan imperial . 'Laporan berita' sebagai contohnya berfokus kepada biografi peribadi petani yang menjadi askar upahan di Amerika Tengah dan askar dari golongan kelas pekerja berkulit hitam Amerika Syarikat dalam Perang Teluk .
6. Program Media Massa bersifat amat parokial dalam perspektif alternatifnya . Ini kerana wujud jurang yang besar antara janji keamanan dan kemakmuran di bawah kepentingan modal yang tidakterkawal serta realiti yang sebenarnya iaitu peningkatan kadar kemiskinan dan keganasan . Kawalan budaya secara menyeluruh adalah seiring dengan perpisahan total antara kezaliman kapitalisme sebenar dan janji palsu pasaran bebas .
7. Kolonoalisme Budaya cuba menghapuskan identiti nasional serta kandungan sosio-ekonominya yang bertujuan untuk melumpuhkan tindakan kolektif . Kolonialisme Budaya juga memusnahkan perpaduan komuniti dengan mempromosikan 'modeniti' yang seiring dengan simbol luaran . Ikatan sosial diperkecilkan diatas nama 'individu' dan personaliti pula dibentuk kembali menurut diktat mesej pasaran . Media imperial menawarkan kepada individu identiti eskapisme sementara kuasa imperial menggunakan kekuatan militari untuk meneutralkan suara masyarakat madani ( civil society ) dan institusi kewangan pula 'merompak' ekonomi negara .

Imperialisme Budaya menggalakkan 'amnesia kolektif' ( melupakan ingatan ) mengenai keganasan yang wujud sebagai akibatnya . Contohnya pembunuhan seramai 100,000 puak India oleh regim anti-komunis yang pro-AS di Guetamala dan 75,000 mangsa di Nicaragua yang gagal dipaparkan oleh Media Massa Barat . Kematian akibat peperangan di Asia Timur dan lain-lain risiko dari perbuatan mereka , juga adalah sikap amnesia kolektif mereka . Media Massa juga gagal melaporkan padah akibat pengenalan konsep pasaran bebas di Eropah Timur dan bekas Soviet Union yang meninggalkan berjuta-juta rakyat kelaparan dan miskin .

Sumber : Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP )

Tiada ulasan: