Mukadimah

Kita menulis blog untuk tatapan ukhti2 diluar sana. Kita mendoakan segala yang terbaik untuk diri kita diri ukhti2 sekalian. Semoga kekhilafan dapat diperbaiki dan kita menuju ke arah yang diredhai. Kita juga terlalu banyak kesilapan dalam hidup dan pesanan2 di dalam blog ini adalah sebagai peringatan buat diri kita yang jahil ini juga. Sambutlah perkongsian ilmu ini sebagai salam kasih dari kita.

Ku lepaskan sifat mazmumah
Ku pintal iman berkalung indah
Ku hapuskan karat jahiliah
Untuk meraih berkat muslimah
Semoga kau, aku tersimpul ukhwah
Tanda cinta kita kepada Allah


Halaman

salam. Hamba telah memecah belahkan blog hamba kepada 2 bahagian iaitu

blog ini cintaal-aqsa.blogspot.com untuk politik , teknologi etc

blog kedua cintaalaqsa.blogspot.com untuk bicara sains dan islam

dan blog ketiga cinta-al-aqsa.blogspot.com sebagai jurnal peribadi

Salam Ukhwah buat semua. semoga mendapat manfaat.


forward these 5 names to muslims, believe me ur biggest problem will be solved Insha Allah.

Ya ALLAH
Ya KARIM
Ya AWWAL
Ya AAKHER
Ya MUJEEB

Jumaat, 25 Disember 2009

Jangan sambut 1 Januari..kenapa?

Kuliah ini disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin. Dibawah ini adalah intipati kuliah beliau yang sempatdisalin. Diantara lain, belimengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :- Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau
menurut ugama mereka yang telah terpesong itu).Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjukAllah ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang :UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita ... Contohnya,haribulan. Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini ada kaitannya dengan tuhan mereka???
21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "Anno Domini" bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/saya dan "Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai ".... beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan. " Nauzubillah .... Insaflah kita kerana secara halus kita mungkin termasukdalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas. Sebab tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu.
Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru? Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, heikh Tantawi, Sheikh Yusof al-Qardhawi dan ulama2 contemporary bahawa menyambut 31 Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukum nya ialah MURTAD. Nauzubillah.
Sesugguhnya yang baik itu adalah dari Allah swt dan yang kurang serta salah dan silap adalah dari kelemahan saya sendiri.
Wallahualam. Dapatlah kiranya dipanjangkan, Insyallah.


Tiada ulasan: