salam. Hamba telah memecah belahkan blog hamba kepada 2 bahagian iaitu
blog ini cintaal-aqsa.blogspot.com untuk politik , teknologi etc
blog kedua cintaalaqsa.blogspot.com untuk bicara sains dan islam
dan blog ketiga cinta-al-aqsa.blogspot.com sebagai jurnal peribadiSalam Ukhwah buat semua. semoga mendapat manfaat.
Jumaat, 25 Disember 2009
Manusia Bangkit Dari Kubur Dalam 12 Barisan
Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan
bertanya: "Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman
Allah
s. a. w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datamg
berbaris-baris"
-(Surah an-Naba':18)
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu
Baginda menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,
bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12
barisan,
masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah
12
barisan berkenanaan iaitu:
BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.
Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang
Maha
Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti
hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."
BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara
dari
sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika
hidupnya
meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah
neraka..."
BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh
dengan
ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar
zakat,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air
pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta
didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah
neraka.."
BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.
Ketika
itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu
ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang
menyembunyikan
perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut
kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka
adalah neraka..."
BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus
dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut
mereka
mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan
memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat
kembalu mereka adalah neraka..."
BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala
kebawah dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan
bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "
Mereka
itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka
inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka
penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada
orang
tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi
mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai
kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar
beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang
bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti
kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih
memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka
menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika
meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan
tempat
kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan
keredhaan
Allah yang maha pengasih..."
Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah aku
kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan