salam. Hamba telah memecah belahkan blog hamba kepada 2 bahagian iaitu
blog ini cintaal-aqsa.blogspot.com untuk politik , teknologi etc
blog kedua cintaalaqsa.blogspot.com untuk bicara sains dan islam
dan blog ketiga cinta-al-aqsa.blogspot.com sebagai jurnal peribadiSalam Ukhwah buat semua. semoga mendapat manfaat.
Jumaat, 25 Disember 2009
Khasiat membaca 7 surah
SURAH AL-KAHFI
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat"
SURAH AS-SAJDAH
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:
"Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk"
SURAH YAASIN
Daripada Ma'qil ! Ibni Yasar berkata:
"Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan
disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari
di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan
surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran".
SURAH AD-DUKHAN
Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya
70,000 malaikat akan meminta ampun baginya".
SURAH AL-WAQIAH
Rasulullah saw bersabda:
" Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi
miskin selama-lamanya"
SURAH AL-MULK
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
"Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan
semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!"
Dan Nabi saw bersabda:
"saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku".
SURAH AL-HASYAR
Nabi saw bersabda:
"Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyar maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan