Mukadimah

Kita menulis blog untuk tatapan ukhti2 diluar sana. Kita mendoakan segala yang terbaik untuk diri kita diri ukhti2 sekalian. Semoga kekhilafan dapat diperbaiki dan kita menuju ke arah yang diredhai. Kita juga terlalu banyak kesilapan dalam hidup dan pesanan2 di dalam blog ini adalah sebagai peringatan buat diri kita yang jahil ini juga. Sambutlah perkongsian ilmu ini sebagai salam kasih dari kita.

Ku lepaskan sifat mazmumah
Ku pintal iman berkalung indah
Ku hapuskan karat jahiliah
Untuk meraih berkat muslimah
Semoga kau, aku tersimpul ukhwah
Tanda cinta kita kepada Allah


Halaman

salam. Hamba telah memecah belahkan blog hamba kepada 2 bahagian iaitu

blog ini cintaal-aqsa.blogspot.com untuk politik , teknologi etc

blog kedua cintaalaqsa.blogspot.com untuk bicara sains dan islam

dan blog ketiga cinta-al-aqsa.blogspot.com sebagai jurnal peribadi

Salam Ukhwah buat semua. semoga mendapat manfaat.


forward these 5 names to muslims, believe me ur biggest problem will be solved Insha Allah.

Ya ALLAH
Ya KARIM
Ya AWWAL
Ya AAKHER
Ya MUJEEB

Isnin, 23 Mei 2011

Palestin: Tanggungjawab Persaudaraan Dan Kemanusiaan

Gabungan dari petikan blog Dr. Asri dan Blog Pembela

:dari Cinta kepada Perang:

Pada awalnya, saya bersedih kerana berpisah dengan seorang lelaki yang saya mimpikan kebahagiaan bersamanya di bumi Allah ini sekiranya kami satukan. Dalam rentak tangis penuh syahdu berlantaikan sejadah dan diiringi keterbukaan langit pada waktu malam. Bersaksikan kegelapan tirai angkasa yang bintangnya tidak terlihat sinarnya oleh saya ketika ini. Mengeluh dalam setiap nafas sehingga melupakan nikmat pencipta yang lebih besar. Melupakan orang yang lebih menyayangi saya sehingga saya sujud kepada sebuah kecintaan yang sia-sia. Kecintaan yang mekar dengan hembusan angin kemaksiatan, angan-angan, dirunding emosi batil dan pemujaan kepada konsep duniawi. Sambil mengingati Allah semasa berada dalam kepayahan, memberi peluang kepada saya membuka kitab-kitab dan tafsir Al-Quran. Saya tertarik untuk mengulas Firman Allah SWT,

''Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.'' (Al-Baqarah: 216).

Allah sahajalah yang mengetahui sifat sebenar yang akan berlaku sekiranya saya terus bersama dia dalam membina masa hadapan. Mungkinkah cinta ketika ini adalah pokok nafsu dan mimpi indah seorang manusia yang pada maqam iman yang rendah, wallahualam. Saya pernah terbaca komentar yang mengaitkan firman ini dengan peperangan. Ya, kita membenci peperangan sedangkan di dalam Islam ia sesuatu yang harus kita kuasai. Kita yang perlu menguasai, bukan menunggu orang datang menyerang baru kita menjadi umat tertindas. Ya, bagi umat Islam sepatutnya tugasan kita lebih besar daripada sekadar tunjuk perasaan. Kita diwajibkan membantu saudara seislam kita yang ditindas atau dikejami dengan harta dan nyawa kita.
Firman Allah: (maksudnya)

    “Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas yang terdiri daripada kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya zalim, dan jadikanlah bagi kami daripada pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh). Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan taghut (pelampau). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah”. (Surah al-Nisa, ayat 75-76).

Berdasarkan ini, kata al-Imam al-Jasas (wafat 370H):

    “Adalah sesuatu yang diketahui umum bahawa telah menjadi iktikad seluruh kaum muslimin; apabila penduduk sesuatu negeri (kaum muslimin) dalam ketakutan dari serangan musuh, dan mereka tidak mampu menghadapinya merasa terancam negeri, nyawa dan kaum mereka, maka ketika itu wajib ke atas seluruh umat untuk keluar mempertahankan kaum muslimin dari serangan musuh. Ini adalah perkara yang tiada khilaf lagi di kalangan umat. Tiada sesiapa pun yang menyatakan harus dibiarkan ditumpahkan darah kaum muslimin” (Abu Bakr al-Jasas, Ahkam al-Quran, 4/312, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-`Arabi).

Namun atas kekangan keadaan yang ada. Ramai para pemimpin umat Islam yang tunduk kepada kehendak Amerika, lalu mereka menjadi pelindung secara langsung atau tidak langsung kepada Israel. Lihat sahaja Mesir yang sanggup menutup sempadannya sehingga bantuan makanan dan ubatan tidak dapat sampai kepada rakyat Palestin, sehingga rakyat Palestin tidak dapat melepaskan diri kekejaman Israel.


Malanglah bagi umat Islam yang terdedah kepada dunia berita dan maklumat, tiba-tiba tidak mengambil endah tentang apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab muslim membela saudara-mara kita kaum muslimin. Sabda Nabi s.a.w:

    “Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih-sayang, kesian dan simpati sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh angota lain turut berjaga malam dan demam” (Riwayat Muslim)

    Ibn Taimiyyah (661-728H) atau dikenali dengan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah merupakan cahaya indah yang menghiasi sejarah para ulama gemilang. Beliau ilmuwan terbilang yang tiada tolok bandingnya, lagi pejuang yang berperang menentang menaklukan Tatar ke atas wilayah Islam. Berjihad dengan pena, suara dan pedang.

Satu ketika Ibn Taimiyyah bersama dengan sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa dengan Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa telah menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan.

Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan: “Beritahu Qazan, engkau mendakwa engkau seorang muslim, aku dengar bersama engkau ramai ulama. Habis mengapa engkau memerangi negeri kami? Bapa dan datuk engkau Hulako dahulu adalah kafir, tetapi mereka tidak menyerang negeri kami, sebaliknya membuat perjanjian. Adapun engkau berjanji tetapi mungkir, berkata tetapi tidak tunaikan.”

Kemudian berlangsunglah dialog antara Ibn Taimiyyah dan Raja Qazan. Selepas itu Raja Qazan berkenaan menjamu sekelian yang hadir ke majlis tersebut dengan hidangan. Kesemua yang hadir makan dengan lazatnya. Namun Ibn Taimiyyah tidak mahu makan. Lalu Raja Tatar itu bertanya: “Mengapa engkau tidak mahu makan?”.

Jawab Ibn Taimiyyah: “Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil rampasanmu ke atas harta orang ramai? Kamu pula memasaknya dengan menggunakan kayu yang kamu potong daripada pokok-pokok milik orangramai!”.

Kata Raja Qazan: “Berdoalah untukku”.

Kata Ibn Taimiyyah: “Ya Allah, jika hambaMu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan kalimahMu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaannya. Namun jika dia berperang kerana menunjuk-nunjuk, untuk mengangkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya”.

Ulama-ulama yang sedang makan dengan asyik hidangan Raja Tatar itu, masing-masing mengangkat jubah mereka. Lalu Ibn Taimiyyah bertanya mereka: “Mengapa kamu semua mengangkat jubah?”.

Jawab mereka: “Kami bimbang jika Raja memancung kepala engkau, nanti darah engkau akan terkena jubah kami”.

Apabila keluar dari majlis berkenaan mereka berkata kepada Ibn Taimiyyah: “Engkau telah telah membahayakan kami, kami tidak mahu bersama dengan engkau lagi”. Jawab: “Aku pun tidak mahu bersama kamu semua lagi” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 14/92, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Saya memetik cerita ini bagi menggambarkan kadang-kala betapa ramai mereka yang memakai gelaran agama seperti ulama, syeikh, mufti dan seumpamanya yang mementingkan jubahnya agar tidak kotor atau tercemar lebih daripada mementingkan tanggungjawab mereka sebagai ilmuwan Islam untuk menegakkan kebenaran kerana Allah.

Jika Ibn Taimiyyah tidak makan kerana mengenangkan nilai makanan yang dijamu, sementara ramai ulama lain yang ‘sebat semacam’ dalam kegawatan pertarungan yang seperti itu, apakah ulama di zaman keresahan rakyat miskin kini disebabkan kenaikan harga barang, akan mencontohi sikap Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, atau akan tiru macam ulama-ulama dalam majlis Qazan itu lalu mereka juga akan ‘sebat semacam’ jamuan mewah yang melampaui batas yang patut menggunakan harta rakyat.

Hari ini mungkin sesetengah ulama sudah tidak bimbang jubah putih mereka tercemar lagi, kerana mereka memiliki koleksi pakaian yang cukup banyak hasil dari kemewahan memakai gelaran rasmi agama. Sehingga ada yang jumlah gajinya mengejutkan parlimen dan rakyat.

Namun di zaman moden ini, mereka mungkin bimbang habuan yang dijanji tidak diberi, kontrak mereka tidak disambung, atau pangkat mereka tidak dinaikkan, atau bisnes yang mereka menjadi ‘duta produk’ atau juru larisnya terjejas, atau perlantikan mereka di institusi-institusi yang menghasilkan elaun bulanan itu terganggu.

Atau ada pula yang menjaga kepentingan parti mereka melebihi daripada membela kebenaran dan fakta. Sehingga ada yang sanggup mengubah-ubah fatwa, hanya kerana partinya sudah berubah. Lalu mereka akan menjauhkan diri dari sesiapa yang cuba mengikuti semangat Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah.

Kalau pada zaman Ibn Taimiyyah, untuk mengelakkan mereka terpaksa berjuang bersama Ibn Taimiyyah dan rakyat menentang penjajahan Tatar, para ulama berkepentingan tersebut menulis atau menyebarkan fitnah untuk memburukkan Ibn Taimiyyah. Tujuannya, untuk menutup kelemahan diri dan menjaga kepentingan sendiri. Sebelum dan selepas zaman Ibn Taimiyyah pun, gelagat ulama jenis ini tetap sama.

Apabila ulama mengutamakan kepentingan sendiri, maka umat akan kehilangan garis panduan terutama pada waktu gawat dan getir. Pandangan dan pendapat yang benar disembunyikan sedangkan umat kehausan bimbingan. Jika diberikan pandangan pun hanya tajuk-tajuk yang dipersetujui oleh panaja.

Mereka mungkin berfatwa tentang ‘haram kanak-kanak bermain mercun’ pada musim hari raya. Kerana itu kata mereka ‘pembaziran’. Tetapi tidaklah pula mereka berfatwa tentang bunga api yang dibakar di sambutan-sambutan rasmi yang memakan belanja puluhan bahkan mungkin ratusan ribu. Padahal pembazirannya lebih jelas dan wangnya adalah wang orangramai. Maka tidak hairanlah jika ada yang berjawatan tinggi dalam agama, tetapi tidak dikenali oleh rakyatnya. Jika dikenali pun, tidak pula diketahui apakah peranannya dalam membela kemaslahatan umat yang menjadi tuntutan agama? Ulama yang seperti inilah yang menjual fatwa untuk kepentingan kedudukan, pangkat dan harta. Umat akan keliru, bahkan mungkin akan tersesat. Justeru, janganlah hairan jika al-Quran tidak pernah mensifatkan mana-mana golongan seperti anjing melainkan golongan ulama yang menjual agamanya untuk mendapatkan habuan dunia.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176).


Dari pendapat-pendapat di atas kita bisa menyimpulkan bahwa para ulama Islam sepakat bahwa sebab-sebab peperangan adalah sebagai berikut:

1.Permusuhan terhadap kaum Muslim. Ini adalah sebab utama dari peperangan yang dilakukan oleh kaum Muslim.

2. Adanya berbagai permusuhan dan kezaliman yang dilakukan oleh para penguasa terhadap kaum Muslim. Dengan kata lain, peperangan ditujukan untuk menghilangkan kezaliman dan kefasikan para penguasa. Dalam riwayat sahih disebutkan, bahwa kaum Muslim wajib memerangi penguasa-penguasa yang telah menampakkan kekufuran yang nyata.

3.Pembelaan terhadap harta dan kehormatan.

4.Untuk menyebarkan dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia, yakni setelah seruan dan perintah untuk tunduk kepada kekuasaan Islam tidak lagi dipatuhi.

5. Khusus untuk jazirah Arab, kaum musyrik— selain Ahli Kitab—hanya diberi dua pilihan saja: masuk Islam atau diperangi.

CABARAN KEPADA ULAMA DAN PEMIMPIN ISLAM: SERUAN PERANG JIHAD!!!

HOLOCAUST IN EUROPE = WWII

HOLOCAUST IN PALESTINE = WWIII ???

1. Kekejaman Israel hanya boleh dihentikan dengan perang.

2. Sejarah telah membuktikan kekejaman manusia hanya boleh dihentikan dengan perang.

3. Kekejaman Nazi…kekejaman Jepun….dalam WWII hanya terhenti bila mereka kalah perang.

4. Dunia hanya membuang masa dengan berunding, berdemo, merusuh, tunjuk perasaan…tetapi kekejaman Israel berterusan.

5. Dunia Islam tak habis-habis mengutuk tapi membiarkan rakyat Palestine terus disembelih berabad lamanya.

6. Apa gunanya kita memekik, menjerit, merusuh, berarak, berdemo, tunjuk perasaan?

7. Apa gunanya berforum, bersidang di parlimen, berdialog di PBB, berbincang di dalam TV dan internet kalau airmata dan darah rakyat palestine terus mengalir? Sampai bila kita terus hanya bercakap tanpa berbuat apa-apa?

8. Apakah dengan membakar bendera, patung, mengangkat sepanduk akan menghentikan kekejaman Israel?

9. Apakah tidak boleh dikeluarkan SERUAN PERANG JIHAD menyeru kerahan tenaga sukarela pemuda Islam dari negara Islam seluruh dunia membentuk tentera bersekutu menentang Israel seperti yang dibuat oleh orang kristian melalui NATO ketika WWII.

10. Kenapakah kita umat Islam begitu dayus dan takut mati sanggup membiarkan saudara seagama disembelih setiap hari selama lebih 50 tahun? Apa sudah jadi dengan kita umat Islam? Mana keberanian kita? Kenapa kita begitu penakut? Kenapa kita jadi begitu dayus?
.
MANA PERGINYA ULAMA DAN PEMIMPIN ISLAM?

Sebab itu saya katakan semua ulama Islam yang hidup sekarang ini semuanya ULAMAK NASI LEMAK!

Semuanya ulama hanya gila glamer, ulamak politik, gila pangkat dan gelaran dunia sahaja. Sampai dah tua nak mati pun masih berhendakkan jawatan dan sanjungan.

Ulama yang hanya tahu mengeluarkan hukum-hakam tapi buat bodoh dengan keadaan umat Islam yang semakin hancur dan dihina.

Apa guna gelaran ulama hanya pandai berfatwa tapi takut mati syahid menyeru dan memimpin PERANG JIHAD mempertahankan nyawa umat Islam dan agama ALLAH?

Apa guna ada ulama Islam kalau umat Islam dibiarkan disembelih berabad lamanya tanpa pembelaan?

Apakah ulama Islam tidak merasa malu bila umat Islam terus dianggap pengganas dan dilayan seperti penduduk dunia kelas ketiga di seluruh dunia? Merempat, dicerca dan dihina umpama anjing kurap!

Sejarah Islam penuh dengan peperangan kerana dengan cara itu sajalah Umat Islam dapat diselamatkan dam Islam terus dipertahankan dan berkembang ke seluruh dunia.

Nabi Muhammad s.a.w. sesekali tidak akan berperang jika ada jalan atau cara lain yang boleh baginda lakukan untuk mempertahankan Islam dan umatnya.

SERULAH PERANG JIHAD!

Pastinya akan ramai pemuda Islam mendaftar untuk berperang jika SERUAN PERANG JIHAD benar-benar dibuat secara tersusun, sistematik dan ikhlas kerana ALLAH. Saya sendiri akan mendaftar!

Bukankah ALLAH menjanjikan mati syahid bagi mereka yang menyertai seruan perang jihad? Tidakkah kita percaya dengan janji ALLAH? Tidakkah kita percaya hari pembalasan?

Kita percaya jasad dan nyawa kita milik ALLAH. Apakah kita merasa takut menyerahkan kepadaNYA.

Masa untuk bercakap telah lama tamat. Hanya menunggu masa untuk mendaftar menyertai PERANG JIHAD.
.
“Sesungguhnya hidupku dan matiku kerana ALLAH”

Tiada ulasan: