Mukadimah

Kita menulis blog untuk tatapan ukhti2 diluar sana. Kita mendoakan segala yang terbaik untuk diri kita diri ukhti2 sekalian. Semoga kekhilafan dapat diperbaiki dan kita menuju ke arah yang diredhai. Kita juga terlalu banyak kesilapan dalam hidup dan pesanan2 di dalam blog ini adalah sebagai peringatan buat diri kita yang jahil ini juga. Sambutlah perkongsian ilmu ini sebagai salam kasih dari kita.

Ku lepaskan sifat mazmumah
Ku pintal iman berkalung indah
Ku hapuskan karat jahiliah
Untuk meraih berkat muslimah
Semoga kau, aku tersimpul ukhwah
Tanda cinta kita kepada Allah


Halaman

salam. Hamba telah memecah belahkan blog hamba kepada 2 bahagian iaitu

blog ini cintaal-aqsa.blogspot.com untuk politik , teknologi etc

blog kedua cintaalaqsa.blogspot.com untuk bicara sains dan islam

dan blog ketiga cinta-al-aqsa.blogspot.com sebagai jurnal peribadi

Salam Ukhwah buat semua. semoga mendapat manfaat.


forward these 5 names to muslims, believe me ur biggest problem will be solved Insha Allah.

Ya ALLAH
Ya KARIM
Ya AWWAL
Ya AAKHER
Ya MUJEEB

Isnin, 23 Mei 2011

Syiah dan Rasulullah

Saya tidak membenci syiah, mahupun wahabi. Bagi saya kedua-duanya menuju Allah. Sekalipun tokoh persuratan Melayu, Sheikh Hamzah Fansuri menganut aliran Wahdatul Wujud, saya tetap mengiktirafnya sebagai ilmuan yang layak diteladani. Berdepan dengan isu mazhab menjadikan saya mencari akar perbahasan yang setimpal untuk diketengahkan supaya hujah ini akan membawa saya merantau ke jalan yang lurus. Jalan tanpa ragu yang akhirnya akan menjadikan ibadat saya kepada Allah bukan jalan yang sia-sia. Pernah saya mencuri perhatian cikgu saya, Dr. Faisal Tehrani mengenai ketaksuban rakyat Iran kepada Syaidina Ali memandangkan beliau adalah seorang ahli akademik yang pernah mengkaji aliran terbabit. Dari sudut pandang beliau, saya memahami bahawa adakah kita cuma meraikan hari suka ria dia dalam islam seperti hari raya dan sebagainya tanpa menjengah kesengsaraan yang dihadapi oleh para pejuang Islam? Ya, saya menangis setiap kali mengingati bagaimana Saidina Husin dikhianiati di Khufah. Ketika menyebut namanya saat ini juga air mata saya murah mengalir. Terasa aliran darah di dalam tubuh pun tidak merestui kekejaman Yazid kepada cucu baginda Rasulullah.  

Tanggal 10 Muharram 61 H, hari pertempuran Karbala (Iraq). Pertempuran ini terjadi antara pasukan Bani Hasyim yang dipimpin oleh Husain bin Ali beranggotakan sekitar 70-an orang melawan pasukan Bani Umayyah yang dipimpin oleh Ibnu Ziyad, atas perintah Yazid bin Muawiyah, khalifah Umayyah saat itu yang beranggotakan hampir 10 ribu bala tentera. Pada hari itu hampir semua pasukan Husain bin Ali, termasuk Husain-nya sendiri syahid terbunuh, kecuali pihak perempuan, serta anak Husain yang sakit bernama Ali bin Husain. Kepala cucu Rasulullah itu dipenggal dan diarak seluruh kota Damaskus agar memberi peringatan pada penduduk agar tidak memberontak pada kerajaan. Kemudian tawanan perang dibawa oleh Ibnu Ziyad mereka menghadap Khalifah di Damaskus.

Tetapi, haruskan saya menyertai Syiah? Syiah yang menghalalkan nikah mutaah, Syiah yang penganutnya mencederakan diri ketika hari As-Syura, Syiah yang memecahbelahkan politik. Ketika saudara kita di Iran menangisi perjuangan Husin, saya membaca ulasan seorang sarjana mengenai berlebih-lebihan dalam memuji Rasulullah ; Kata seorang pengkaji Sirah yang juga merupakan tokoh politik dan Ahli Parlimen Jordan, Dr Muhammad ‘Abd al-Qadir Abu Faris:

“Pada pendapat kami –Allah lebih mengetahui-, hikmah di sebalik penolakan Umar itu kerana beliau mempelajari dari Rasulullah s.a.w agar kita berbeza dengan Yahudi dan Kristian. Orang Kristian menentukan tarikh berdasarkan kelahiran Nabi Isa bin Maryam a.s. Mereka berlebihan dalam memuji dan membesarkan baginda sehingga sampai ke peringkat ketuhanan. Mereka kata: dia anak Allah, kadangkala “dia Allah” dan dia satu dari yang tiga.

Tujuan ‘Umar itu agar orang Islam tidak terjatuh seperti Kristian dalam berlebihan membesarkan Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w sendiri telah memberi amaran agar tidak berlebih-lebihan dalam memuji baginda. Sabda baginda: “Jangan kamu memujiku berlebihan seperti Kristian berlebihan memuji Isa bin Maryam. Aku hanya seorang hamba Allah. Katakanlah: “Hamba Allah dan rasulNya” (al-Bukhari). Maka Umar tidak menjadikan maulid Nabi s.a.w sebagai permulaan kalendar Islam untuk mengelakkan generasi kemudian menyeleweng” (Abu Faris, al-Hijrah al-Nabawiyyah, m.s 16, Jordan: Dar al-Furqan).
Inilah ulasan Dr Abu Faris dan pendapat ini dikongsi oleh ramai pengkaji yang lain.

Nah, sekiranya Rasulullah sendiri menolak pemujian yang berlebih-lebihan ke atasnya, apatah lagi Saidina Husin. Bagi saya, cukup dengan sambutan yang sederhana diiringi doa dll :)

Tiada ulasan: