Mukadimah

Kita menulis blog untuk tatapan ukhti2 diluar sana. Kita mendoakan segala yang terbaik untuk diri kita diri ukhti2 sekalian. Semoga kekhilafan dapat diperbaiki dan kita menuju ke arah yang diredhai. Kita juga terlalu banyak kesilapan dalam hidup dan pesanan2 di dalam blog ini adalah sebagai peringatan buat diri kita yang jahil ini juga. Sambutlah perkongsian ilmu ini sebagai salam kasih dari kita.

Ku lepaskan sifat mazmumah
Ku pintal iman berkalung indah
Ku hapuskan karat jahiliah
Untuk meraih berkat muslimah
Semoga kau, aku tersimpul ukhwah
Tanda cinta kita kepada Allah


Halaman

salam. Hamba telah memecah belahkan blog hamba kepada 2 bahagian iaitu

blog ini cintaal-aqsa.blogspot.com untuk politik , teknologi etc

blog kedua cintaalaqsa.blogspot.com untuk bicara sains dan islam

dan blog ketiga cinta-al-aqsa.blogspot.com sebagai jurnal peribadi

Salam Ukhwah buat semua. semoga mendapat manfaat.


forward these 5 names to muslims, believe me ur biggest problem will be solved Insha Allah.

Ya ALLAH
Ya KARIM
Ya AWWAL
Ya AAKHER
Ya MUJEEB

Jumaat, 25 Disember 2009

From i luv islam

"Assalamualaikum," sana.
"Wa'alaikumussalam. Ada apa?" sini.
"Terasa macam nak cakap dengan seseorang," sana.
"Fasal apa?" sini.
"Sibuk ke? sana.
"Agak," sini.
"Ok," sana.
"Allah ada," sini.
"Tahu," sana.
"Allahlah tempat mengadu," sini.
"Ya baik," sana.
"Bangun. Malam ni. Jom sama," sini.
Senyap. Ada tangis di situ.
"Kan bagus kalau ade di sini," sana.
"Tak bagus pun," sini.
"Kenapa?" sana.
"Orang kata ukhuwah tu lebih manis bila jauh," sini.
"Bila dekat asyik nak gaduh," sana. Tergelak dalam sebak.
"Rindu sebenarnya," sini.
"Kenapa tak cakap?" sana.
"Saje. Nak didik sabar. Ada ujian yang jauh lebih besar tak lama lagi," sini.
Sana senyap.
Sini senyap.
Dan titis itu tumpah juga. Berjuraian.

Rahsia Solat Lima Waktu

Ali bin Abi Talib r.a. berkata,

"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar,
maka dengan tiba-tiba datanglah
satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak
bertanya kepada kamu
kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang
tidak diberikan kecuali kepada para
Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.

' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.'

Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam
sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang
memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku
dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada
seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :
"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam
keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin
kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Pesan Nabi s.a.w sampaikan pesanku walaupun hanya sepatah perkataan...

Sabda Rasulullah bermaksud : "Sesiapa yang meninggalkan solat atau memudah-mudah dengannya nescaya diseksa Allah dengan 15 perkara.

Enam perkara di dunia , tiga perkara ketika mati, tiga perkara di dalam kubur dan tiga perkara di hadapan Tuhan di akhirat nanti." Lalu sahabat bertanya : "Ya Rasulullah, apa dia seksa di atas dunia?"

Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor.

Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz. Ia berlaku dikawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-

Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.

Manusia Bangkit Dari Kubur Dalam 12 Barisan

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan
bertanya: "Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman
Allah
s. a. w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datamg
berbaris-baris"
-(Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu
Baginda menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,
bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12
barisan,
masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah
12
barisan berkenanaan iaitu:


Kisah Cinta dari i luv islam 1

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

LUASNYA NERAKA!!!

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Luahan lelaki kepada wanita

oleh : everjihad
*****
Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.

Kisah Asal Usul Nafsu

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Titisan kimia dalam minuman punca wanita di rogol

Message: Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil "mencuci" yang kecil.

Khasiat membaca 7 surah

SURAH AL-KAHFI

Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat"

SURAH AS-SAJDAH

Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:
"Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk"

SURAH YAASIN

Daripada Ma'qil ! Ibni Yasar berkata:
"Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan
disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari
di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan
surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran".

KEAJAIBAN AL-QURAN

KEWUJUDAN ALAM SEMESTA
Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur'an dalam ayat berikut;
Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. Surat al-An'aam:101.
Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur'an ini adalah satu fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini ialah bahawa alam semesta, bersama-sama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan paling rasional dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.
Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur'an 1400 tahun lalu.
PENGEMBANGAN ALAM SEMESTA

Kenapa aku diuji ?

Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya:

Kita bertanya : Kenapa aku diuji ?
Quran menjawab:

“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ." (Surah al- Ankabut, ayat 2-3)

Muslimah dari sudut pandang seorang lelaki

Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

Jangan sambut 1 Januari..kenapa?

Kuliah ini disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin. Dibawah ini adalah intipati kuliah beliau yang sempatdisalin. Diantara lain, belimengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :- Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau
menurut ugama mereka yang telah terpesong itu).Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjukAllah ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Haramnya Cinta (Pesanan dari Hamba Allah yang lain)

Kami tidak berzina !
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.
Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

Hadis ttg perempuan

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

Fakta pemain facebook (artikel dari seorang lelaki)

Berikut adalah 10 jenis orang yang main facebook : -

-Sukakan ikhtilat (pergaulan) lelaki dan perempuan. Kalau dah dalam friendlist tu ada campur laki pompuan, tak ke namanya ikhtilat tuh? Dah tu siap berbalas-balas testi lagi apa kejadah? "kaifa haluk", "ukhwah fillah abadan abada", "i love u, u love me". Abah engkau! Siap buat group-group 'usroh' la, 'dakwah' la, 'ukhwah' la. Alih-alih aku tengok dalam forum cerita benda-benda bangang jugak. Cintan-cintunla, cinta islamik la, mee cintan la. Benda-benda ilmiah tanak pulak bincang. Kepala hotak berjambul betul.

Fakta Wanita

Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
o Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
o Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

Fakta Al-Quran (Math)

Check this out, very interesting findings of Dr. Tariq Al Swaidan might grasp your attention:

Dr.Tarig Al Swaidan discovered some verses in the Holy Qur'an that mention one thing is equal to another, i.e. men are equal to women.

Although this makes sense grammatically, the astonishing fact is that the number of times the
word man appears in the Qur'an is 24 and number of times the word woman appears is also 24, therefore not only is this phrase correct in the grammatical sense but also true mathematically, i.e. 24 = 24.

Biodata Si Kekasih Allah

Nama penuh: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama 'Abdul Muttalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Jumaat, 23 Oktober 2009

100% BOAR ( Shins Hair Beauty Wellbeing )


Bismillahirahmanirahim..
e_belang@yahoo.com
saja nak berkongsi pengalaman terbeli brush rambut BOAR/BABI HUTAN
masa i and my family busy shopping raya di SUBANG PARADE tiba-tiba tergerak hati nak ke SHIN
SHIN ni beauty shop and I pun beli brush rambut for my daughter tanpa remark or comment from the salesgirl KECUALI SENYUMAN
I pun seperti biasa percaya yang produk-produk yang dijual di SHIN maupun di SUBANG PARADE adalah halal kecuali kalau ada tanda TIDAK/NON HALAL
However and to our surprise brush yang kami beli tu diperbuat dari BOAR/ BABI HUTAN itupun selepas my daughter ternampak tulisan 100% BOAR di brush
Kami pergi balik ke SHIN jangan kata minta maaf the salesgirl/manager BUAT BODOH OR SEMEMANG NYER BODOH siap claimed BRUSH INI DIPERBUAT DARI BRISTLE INSTEAD OF BOAR/BABI HUTAN (?????), secondly KALAU TAK SUKA BOLEH EXCHANGE WITH OTHER PRODUCT and THRIDLY WANG ANDA TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN.

Selasa, 20 Oktober 2009

Yeo's Yang Haram

Bismillahirahmanirahim..
GREEN BEAN SOY DRINK. Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia . Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.

Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya........
Cuba lihat kat pic ini. Cuba lihat dekat-dekat....... Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig.

RED BULL - slow death ...

Bismillahirahmanirahim..
France & Denmark have banned it from the country...

Do NOT drink this drink anymore!!
Pay attention ; read it all

As a public health safety, please pass on this to all the
contacts especially those with teenage children?

This drink is SOLD in all the supermarkets IN OUR country and our children ARE CONSUMING IT ON A REGULAR BASIS, IT can be mortal.

RED BULL was created to stimulate the brains in people who are subjected to great physical force and in stress coma and not to be consumed like an innocent drink or soda pop.

Tanda² Sakit

Bismillahirahmanirahim..

Risalah ini bagus untuk anda semua....... .....
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

Kelebihan Solat Berjemaah dari perspektif sains

Bismillahirahmanirahim..
SEORANG Profesor Fizik di Amerika Syarikat membuat kajian mengenai keistimewaan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Kajian itu mendapati, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beribadat atau berehat, sudah tentu banyak tenaga diguna pakaikan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Kawalan Ketat Terhadap Masjid Al-Aqsa

Bismillahirahmanirahim..

BINGKISAN DARI YAMAN
Dunia Islam dikejutkan lagi dengan insiden terbaru yang berlaku di kota al-Quds dan Masjid al-Aqsa. Mimbar masjid di seluruh dunia memperkatakan isu yang berlaku baru-baru ini akibat tekanan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Israel terhadap umat Islam di kota suci itu. Pihak berkuasa Israel telah mengerahkan sejumlah besar anggota polis di sekitar Masjid al-Aqsa setelah berlaku beberapa pergelutan pihak polis dengan para jemaah di kawasan masjid suci itu.

Hukum Mengahwini Wanita Hamil..

Bismillahirahmanirahim..
Sesungguhnya, isu menikahkan seseorang yang terlanjur (mengandung) ini amat berat dan selalu dipraktikkan dalam masyarakat kita pada hari ini. Perhatikan soalan 1 – 5.

Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak akan hidup dalam zina sampai bila-bila… Nauzubillah!

Memperingati Tragedi Mamali

Bismillahirahmanirahim..
Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air (Ini bermakna hampir sebulan lagi genap 24 tahun kejadian tersebut). Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.

Seksanya Sakaratulmaut

Bismillahirahmanirahim..
Datangnya Kematian Menurut Al Qur'an :

1. Kematian bersifat memaksa dan siap menghampiri manusia walaupun kita berusaha menghindarkan resiko-resiko kematian. Katakanlah: "Sekiranya kamu berada di rumahmu, niscaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu ke luar (juga) ke tempat mereka terbunuh". Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati. (QS Ali Imran, 3:154)

Isnin, 19 Oktober 2009

Penyakit bicara adalah bohong
Penyakit ilmu adalah lupa
Penyakit ibadah adalah riak
Penyakit budi pekerti adalah memuji diri sendiri
Penyakit berani adalah aggressive
Peyakit pemurah adalah menyebut pemberian nya
Peyyakit cantik adalah sombong
Penyakit bangsawan adalah bangga
Penyakit malu adalah lemah
Penyakit mulia adalah menonjolkan diri
Penyakit kaya adalah kikir
Penyakit royal adalah berlebih-lebihan
Penyakit agama adalah hawa nafsu

'Surat Cinta' untuk Palestin

Bismillahirahmanirahim..




1996,Televisyen Israel (Yahudi) Channel 1 menyiarkan rancangan TV Pendidikan.Dimana Guru mengajar anak muridnya menyanyi dengan diiringi sebuah piano, lirik lagunya adalah:
“Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam”
Ya, itulah yang tertulis pada subtitle rancangan tersebut.
Kanak-kanak semuda 3 dan 4 tahun, diajar menyanyikan lagu tersebut dengan penuh keceriaan dan kegembiraan.
Gambar di ATAS adalah ’surat cinta’ kanak-kanak Yahudi yang menjalani proses pembelajaran yang sama. Mereka melakar ‘mesej cinta’ itu pada peluru dan bom yang bakal dihantar kepada penpal mereka di seberang sempadan. Dari balik tembok, anak-anak Yahudi ini mengucapkan “salam” kepada rakan Palestin dan Lebanon mereka, moga dipanjangkan usia, bukan di dunia, tapi di alam kematian yang hitam.Di sebelah kanan pula gambar kanak-kanak palestin yang terpaksa dilatih menjadi pejuang tanahair sejak kecil



"Sebatan sebagai ubat" saintis

Bismillahirahmanirahim..

Islam kata , orang Islam yang didapati bersalah minum arak harus dirotan mengikut syariat Islam. Rotan yang tidak menyiksa tetapi untuk pengajaran.

Saintis bukan Islam pula kata merotan boleh merawat mereka yang ketagihan arak.

Takkan orang Islam nak belajar daripada orang bukan Islam cara-cara merotan yang boleh mengubati ketagihan arak dan dadah ? Patutlah tak selesai selesai masalah penagihan dadah di Malaysia ini , terutama di kalangan orang Melayu. Ada ubat murah iaitu rotan pergi guna methadone.

Rahsia pengubatan dengan kalimah Allah

Bismillahirahmanirahim..
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Vander Hoven, seorang psikologis dari Netherlands mengumumkan penemuannya tentang kesan membaca al Quran dan mengulangi sebutan "Allah" ke atas pesakit. Ini adalah berdasarkan kajiannya selama 3 tahun. Kesimpulan yang didapatinya, sebutan "Allah" benar-benar memberi kesan yang memberangsangkan terhadap penyembuhan pesakit-pesakit yang mengalami tekanan mental.

Psikologis itu menerangkan bagaimana setiap huruf dalam kalimah ALLAH dapat memberi kesan penyembuhan kepada penyakitnya. Beliau menyatakan bahawa:
-Huruf A, yang keluar melalui sistem pernafasan, akan mengawal pernafasan.
-Huruf L yang
'bersabdu', apabila disebut akan menyebabkan lidah sedikit terangkat ke lelangit, dan akan menghasilkan satu 'pause' yang merehatkan pernafasan.
-Huruf H yang terakhir
akan membuatkan satu 'contact' antara paru-paru dan jantung, dan ini akan mengawal degupan jantung.
Sebenarnya, professor ini seorang non-Muslim tetapi beliau sangat berminat dengan kajian Islam dan suka mencari rahsia-rahsia agung yang terkandung di dalam kitab suci al Quran.

Subhanallah! Banyakkan berzikir menyebut namaNya...

MANUSIA 5 ALAM

Bismillahirahmanirahim..
Segala puji bagi Allah S.W.T yang mana telah mencipta bumi dan langit, bumi itu pula berlapis, dan langit itu bertingkat walaupun kita tidak dapat lihat dengan mata kasar.. Begitu juga dengan manusia yang hidupnya itu akan melalui alam-alam, yang bermula dengan penciptaan datuk moyang kita Nabi Adam A.s hingga ke alam barzakh sebelum kita ke alam yang abadi iaitu kekal di Syurga.
Berapa alam yang manusia akan lalui sebenarnya?
Alam yang pertama
1. Alam yang kita lalui di sulbi ayah.
2. Kemudian berpindah ke dalam Rahim ibu.

Apakah hukum melintas di hadapan orang yang sedang solat?

Bismillahirahmanirahim..
Orang yang bersolat wajib mengadakan sutrah, iaitu satu pembatas yang lebih tinggi dari permukaan umpama tiang, beg, bantal, payung atau tongkat yang diletakkan di hadapannya, dengan jarak yang mencukupkan dirinya untuk sujud [Shahih Sunan Ibn Majah, no: 788]. Jika orang yang sedang solat telah mengadakan sutrah, maka dilarang melintas melainkan di sekeliling luar sutrah itu. Jika tidak dapat, maka hendaklah tunggu hingga pensolat selesai [Shahih al-Bukhari, no: 510]. Sesiapa yang melintas di antara pensolat dan sutrahnya, maka kesalahan tercatat di bahu pelintas.
Namun jika seseorang itu solat tanpa mengadakan sutrah sehingga dilintasi oleh orang lain, maka kesalahan tercatat di bahu orang yang bersolat. Ini kerana pensolat itu telah mengabaikan apa yang diwajibkan oleh agama ketika bersolat.

Rasulullah dan limau

Bismillahirahmanirahim..
Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.
     Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.


Islam dan sains

Bismillahirahmanirahim..
Doktor, Islam dan Logik : Sebuah Perbandingan Klasik Dan Moden.

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu),

Polis Israel tutup Al-Aqsa

Bismillahirahmanirahim..
Polis Israel menutup satu kompleks tempat ketiga tersuci Islam, Masjidil Al Aqsa di Jerusalem, pada 4 Oktober 2009. Mereka juga melepaskan tembakan gas pemedih mata ke penunjuk perasaan Palestin yang memprotes tindakan itu.

Sabtu, 10 Oktober 2009

INFO : PERKOSAAN VISUAL

Assalamualaikum...

Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).
Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.
Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :
LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)
Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !
Para wanita : beri tahu teman-teman anda yang lain.
Para lelaki: beri tahu istri, anak perempuan atau teman wanita anda.

APAKAH CIRI-CIRI BARU KOLONIALISME BUDAYA ?

Bismillahirahmanirahim..

Dalam beberapa aspek tertentu , Kolonialisme Budaya Semasa ( KBS ) adalah berbeza dari segi amalannya . Ini akan dapat kita lihat dalam beberapa perkara :

1. Orientasinya adalah untuk mempengaruhi rakyat umum dan bukan terhad kepada kumpulan elit sahaja .
2. Media Massa terutamanya televisyen mempengaruhi unit rumah tangga dan berfungsi dari 'dalam' serta 'bawah' dan dari 'luar' serta 'atas' .

CCTV SWENSONS SUBANG

Bismillahirahmanirahim..

Kat mana2 pun jgn wat camni...

swensons subang..

Cuba perhati kat minah ngan mamat tu masuk....... jgn sesekali bubuh hand bag kat blakang kerusi ketika menjamu slera.....

Be careful with your belongings ok. Apparently this happened at Swensons in Subang..

What you are about to see is how a handbag had been taken from the seat without the owner realising it at all when she was busy talking away. And the culprit were a well dress woman (skirt) which you will least expect, come with another man(coat in hand) and another woman (long pants) to the restaurant on the pretext of finding a table to dine. Look carefully of how they entered the restaurant with another couple (not related) and exit after the theft. They looked like Hispanic or Latin American definitely not local. Just be careful with your belongings.

FCR KHAS DI UPM

Bismillahirahmanirahim..
SEMASA: FCR Khas di UPM

Salam,

Harap disampaikan kepada pergerakan pemuda PAS khususnya di Kelantan supaya dapat membuat sedikit tinjauan perkara pendakyahan kristian..

Salam to all...

Seperti yg kita semua maklum, UPM ialah salah satu IPTA yg dilihat kontroversi dari segi gerakan Kristian selain drp USM Kubang Krian. Sebagai contohnya beberapa bulan lepas ada diberitakan dlm newspaper & internet berkenaan sekumpulan 9 org student UPM & outsider, yg dikatakan ditahan atas sebab menyebarkan agama Kristian di kalangan student Muslim.

KANSER YANG MENYERANG WANITA

Bismillahirahmanirahim..

Jenis-jenis kanser yang menyerang wanita

PENGURANGAN risiko kanser boleh dilakukan dengan mengubah gaya dan tatacara kehidupan.

Perhatian perlu diberi pada keadaan badan, perasaan tahap kesihatan diri dan juga bentuk serta rupa struktur badan. Ujian saringan juga perlu ditekankan bagi mengesan kanser dengan lebih awal.

Sel-sel normal yang membina tisu badan mengalami tumbesaran, membahagi serta penggantian secara teratur dan tenteram. Kadangkala sel-sel tua yang sepatutnya digantikan, masih meneruskan tumbesarannya. Pertumbuhan ini mungkin tidak teratur dan bercelaru, akhirnya mereka menjadi luar kawalan dan seterusnya bertukar pada ketumbuhan yang ganas (malignan) ataupun yang tidak ganas (benign).

CACI HINA

Bismillahirahmanirahim...
Di dalam sebuah hadith yang sohih, Baginda Rasulullah SAW bersabda:- Maksudnya: " Setiap orang Islam ke atas orang Islam yang lain, diharamkan darahnya (yakni tidak boleh membunuhnya) , hartanya (tidak boleh dirampas) dan kehormatannya (tidak boleh dicaci hina)".

RASULULLAH PENYELAMAT AKIDAH UMMAH

Bismillahirahmanirim..
Sinar Jumaat - Rasulullah s.a.w. penyelamat akidah ummah

Susasana masyarakat pada zaman Jahiliah begitu muram dan suram, kerana ia diselubungi pelbagai bentuk kedurjanaan akibat tindakan manusia yang cenderung kepada kejahatan.

Orang berkuasa melakukan pelbagai penyelewengan, kezaliman, penindasan dan bermacam-macam lagi yang boleh disifatkan sebagai ketidak-perikemanus iaan.

Perkara ini berlaku kerana manusia pada ketika itu telah hilang punca sebenar kebenaran. Golongan wanita dianggap alat tunggangan lelaki. Mereka tidak ada tempat dalam masyarakat, malah tiada nilai sedikit pun pada sisi orang lelaki.

Anak-anak perempuan ditanam hidup-hidup kerana mereka dianggap pembawa sial kepada ibu bapa.